Galaxy Tab S3 Dikatakan Akan Hadir Dengan Sokongan S-Pen

Galaxy Tab S3 Dikatakan Akan Hadir Dengan Sokongan S-Pen

Diterbitkan pada Feb 4, 2017 oleh .

Samsung sedia menjadualkan acara media pada 26 Februari ini bersempena dengan Mobile World Congress, dan pada acara berkenaan, mereka dijangka memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S3. Terkini, info lanjutan hadir ke arena web, mengatakan Samsung mungkin turut menawarkan sokongan S-Pen pada Galaxy Tab S3 ini.

Walaubagaimanapun, ia tidak akan disertakan bersama seperti siri Note, sebaliknya pengguna perlu mendapatkan ia sebagai sebuah aksesori berasingan.

Sekiranya benar, maka tablet ini mungkin menjadi salah satu tablet yang diminati mereka yang suka mencatatkan nota atau melakar menggunakan stylus.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah variasi Galaxy Tab S3 akan diperkenalkan. Ia dikatakan salah satunya adalah bersaiz 9.6-inci dengan paparan 2048×1536 pixel, cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM, dan menjalan Android 7.0 Nougat.


TIPS & ULASAN