Boost Mode Untuk PlayStation 4 Pro Akan Mempertingkatkan Grafik Kesemua Permainan
Artikel Berkaitan

Boost Mode Untuk PlayStation 4 Pro Akan Mempertingkatkan Grafik Kesemua Permainan

Diterbitkan pada Feb 4, 2017 oleh .

Pagi tadi kami melaporkan kemas kini PlayStation 4 versi 4.5 akan akhirnya membawakan sokongan cakera keras luaran. Pengguna boleh memuat turun dan memasang permainan terus ke dalam cakera keras yang menyokong USB 3.0. Tetapi kemas kini ini turut akan membawakan satu lagi fungsi menarik yang selama ini mengecewakan pemilik PlayStation 4 Pro.

Fungsi Boost Mode akan membawakan peningkatan kemampuan grafik kepada kesemua permainan PlayStation 4 yang dimainkan di dalam PlayStation 4 Pro. Sebelum ini hanya permainan yang telah menerima patch tertentu dari pembangun akan menerima penambahbaikan grafik seperti kadar FPS yang lebih tinggi.

Sebagai pemilik PlayStation 4 Pro tanpa televisyen 4K, ini ialah fungsi yang amat kami mahukan. Hanya sebahagian kecil permainan di dalam katalog PlayStation 4 menyokong fungsi Pro sebelum pengenalan Boost Mode. Video di atas dimuat naik oleh pengguna yang menguji firmware 4.5 Beta. Jelas kelihatan peningkatan kadar FPS dengan penggunaan Boost Mode.


TIPS & ULASAN