Jawbone Dilaporkan Menarik Diri Daripada Pasaran Peranti Pengguna – Fokuskan Perkhidmatan Klinikal

Jawbone Dilaporkan Menarik Diri Daripada Pasaran Peranti Pengguna – Fokuskan Perkhidmatan Klinikal

Diterbitkan pada Feb 4, 2017 oleh .

Jawbone merupakan salah satu pengeluar peranti boleh-pakai memfokuskan kecergasan, dan sebelum ini dilihat sebagai salah satu pesaing Fitbit – malah Fitbit sendiri pernah cuba untuk mengambil-alih mereka. Terkini, ia dilaporkan Jawbone menarik diri daripada pasaran peranti pengguna, dan mengalihkan fokus perniagaan mereka kepada perkhidmatan klinikal.

Ia dikatakan pasaran pengguna “terlalu mencabar” untuk Jawbone – apatah lagi dengan pasaran peranti boleh-pakai sendiri mempunyai pelbagai penawaran, tetapi permintaan yang sedikit rendah.

Jawbone mengatakan akan leboh memfokuskan kepada perkhidmatan menyasarkan kepada mereka yang terlibat dengan industri kesihatan dan klinikal. Dari segi pendapatan, fokus terhadap arena klinikal dijangka akan membawakan keuntungan yang lebih tinggi berkali ganda, berbanding dengan fokus terhadap pasaran pengguna.

Pihak Jawbone sendiri akhir-akhir ini dilihat kurang memfokuskan kepada pengguna – malah produk mereka sering menerima kritikan, apatah lagi dengan khidmat pelanggan mereka yang gagal memenuhi pengguna.


TIPS & ULASAN