Desas-desus mengenai Windows 10 Cloud telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan terkini versi pembangunan awal untuknya dilihat hadir pada pembangunan Windows Insider Preview 15019. Melaluinya, ia membawakan sistem operasi yang dilabelkan sebagai Windows 10 Cloud.
Daripada apa yang dibawakan, ia menyertakan antaramuka seumpama Windows 10, dan memfokuskan kepada kebolehan menggunakan aplikasi dan perisian yang ditawarkan hanya melalui Windows Store sahaja.
Secara kasar, ia seperti tidak membawakan perbezaan besar berbanding dengan Windows RT sebelum ini. Walaubagaimanapun, mungkin ini adalah percubaan kali kedua pihak Microsoft – apatah lagi dengan persaingan yang dibawakan oleh Chromebook.
Pihak Microsoft masih tidak mengumumkan sebarang perkara mengenai Windows 10 Cloud ini. Memandangkan pelbagai perubahan telah berlaku pada arena Windows akhir-akhir ini, termasuk sokongan yang lebih baik untuk ARM – adakah kita akan melihat Windows 10 Cloud mempunyai permintaan yang baik berbanding Windows RT sebelum ini?