(Ura-Ura) Windows 10 Cloud Mungkin Boleh Dinaik-Taraf Ke Versi Penuh Windows 10

(Ura-Ura) Windows 10 Cloud Mungkin Boleh Dinaik-Taraf Ke Versi Penuh Windows 10

Diterbitkan pada Feb 5, 2017 oleh .

Dengan pelbagai ketirisan mengenai Windows 10 Cloud, kini sebuah info baru hadir, mengatakan yang mana Microsoft mungkin menawarkan kebolehan untuk pengguna menaik-taraf Windows 10 Cloud kepada versi penuh Windows 10 dengan mudah.

Memandangkan ia diperkatakan Windows 10 Cloud mungkin mengehadkan kepada perisian yang dipasang melalui Windows Store sahaja, mungkin ramai akan mengemari akan fungsi ini dan menikmati pengalaman penuh Windows 10 dengan mudah.

Apa pun, ia mungkin hanya boleh diaktifkan pada peranti yang menjalankan sesuatu cip pemprosesan khusus sahaja.

Sekiranya ini benar, ia mungkin akan membawa kepada kos harga peranti yang lebih murah, atau mungkin Microsoft mempunyai strategi tersendiri dalam menawarkan ia secara percuma dan menjana wang tambahan melalui penaik-tarafan kelak. Tidak mustahil juga Microsoft menawarkan ia secara percuma kepada pengeluar komputer – sekaligus dapat bersaing dengan Chromebook dengan lebih efektif.

Buat masa ini, berita ini masih dikategorikan sebagai ura-ura memandangkan pihak Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan Windows 10 Cloud ini.


TIPS & ULASAN