Intel Memfailkan Paten Untuk Peranti Dua-Dalam-Satu Dengan Rekaan Melengkung

Intel Memfailkan Paten Untuk Peranti Dua-Dalam-Satu Dengan Rekaan Melengkung

Diterbitkan pada Feb 6, 2017 oleh .

Acer sebelum ini telah memperlihatkan komputer riba dengan skrin melengkung yang dijual pada harga agak tinggi. Kini, nampaknya pihak Intel hadir dengan visi lebih kurang serupa, tetapi ingin menawarkan rekaan melengkung menyeluruh pada suatu peranti dua-dalam-satu – bahagian skrin dan juga papan kekuncinya.

Paten Intel Melengkung

Intel buat masa ini sekadar memfailkan paten sahaja untuk peranti seumpamanya, dan tidak lagi mengumumkan sebarang produk dengan rekaan tersebut. Untuk makluman, pemfailan paten dalam arena teknologi bukan sesuatu yang asing lagi – malah dilakukan oleh hampir semua. Namun, adakah produk akhir akan hadir atau tidak, ia masih menjadi misteri.

Melalui paten yang difailkan, ia hadir dengan rekaan dua-dalam-satu, menggunakan skrin melengkung, dan juga bahagian bawah yang melengkung – menjadikan ia mungkin lebih selesa untuk digunakan di riba berbanding kebanyakkan komputer riba hari ini.

Bagi anda sendiri, adakah peranti seperti ini akan mempunyai permintaan sekiranya direalisasikan?

Paten Intel Melengkung


TIPS & ULASAN