Lenovo Yoga A12 Diperkenalkan – Versi Yoga Book Pada Harga Bajet, Menggunakan Android

Lenovo Yoga A12 Diperkenalkan – Versi Yoga Book Pada Harga Bajet, Menggunakan Android

Diterbitkan pada Feb 6, 2017 oleh .

Lenovo Yoga Book yang dilancarkan September lalu disertakan dengan papan kekunci Halo yang unik. Papan kekunci fizikal ini turut boleh diubah menjadi tablet lukisan dengan stylusnya sendiri. Lenovo Yoga A12 yang dilancarkan hari ini menggunakan semula rekaan Yoga Book tetapi dijual pada harga yang lebih mampu milik.

Yoga A12 dilengkapi skrin 12.2″ HD, pemproses Intel Atom X5, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Seperti Yoga Book ia boleh berfungsi sebagai sebuah tablet ataupun komputer riba keran dilengkapi engsel berputar 360 darjah. Bateri sebesar 10500 mAh yang disertakan pula dikatakan mampu bertahan selama 13 Jam. Lenovo Yoga A12 menggunakan sistem operasi Android dan dijual pada harga $299 (~RM 1330).

Dengan pengenalan Yoga A12 ini, ia mungkin menjadi alternatif kepada mereka yang inginkan Yoga Book tetapi pada harga yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, ia hanya hadir dengan versi Android sahaja buat masa ini. Tidak diketahui lagi sama ada variasi versi Windows pada harga bajet akan diperkenalkan ataupun tidak.


TIPS & ULASAN