Electroad – Membekalkan Kuasa Kepada Kenderaan Elektrik Secara Tanpa Wayar
Artikel Berkaitan

Electroad – Membekalkan Kuasa Kepada Kenderaan Elektrik Secara Tanpa Wayar

Diterbitkan pada Feb 6, 2017 oleh .

Kenderaan elekrtik diharap dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil sekaligus menyelesaikan masalah pencemaran udara yang kronik. Di negara India dan China jerebu akibat asap kenderaan amat teruk sehingga menyebabkan kematian. Malang sekali kenderaan elekrtik sedia ada mempunyai berbapa kekurangan iaitu masih terlalu mahal (seperti Tesla) dan kekurangan infrastruktur mengecas.

Electroad ialah sistem sumber kuasa kenderaan elekrtik tanpa wayar yang dibangunkan di Israel. Dengan penggunaan teknologi ini, kenderaan elektrik masa hadapan tidak perlu dilengkapi bateri yang berat dan berhenti untuk mengecas seperti sekarang. Secara teorinya kenderaan elekrtik tidak lagi mempunyai had jarak perjalanan selagi ia dipandu di atas jalan raya yang dilengkapi sistem Electroad. Ujian sedang dijalankan ke atas jalan raya sepanjang 1000 meter di Tel Aviv bagi melihat keberkesanannya.

Sistem ini mengingatkan kami kepada kenderaan mainan yang bergerak di atas landasan yang pernah kami mainkan semasa kanak-kanak. Siapa sangka idea dari mainan mungkin menjadi penyelesaian kepada had jarak perjalanan kenderaan elektrik sedia ada.


TIPS & ULASAN