Cari @ Amanz

Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan siri Galaxy A 2017 pada awal tahun, yang memperlihatkan penawaran telefon pintar dari keluarga siri pertengahan, tetapi hadir dengan pelbagai ciri-ciri utama yang pintar – yang kebiasaannya didapati pada peranti berharga mahal. Dua peranti yang ditawarkan di Malaysia dibawah siri Galaxy A adalah Galaxy A5 2017 dan juga Galaxy A7 2017.

Seperti biasa, dengan penawaran pelbagai telefon pintar pada harga kompetitif, semestinya anda ingin mengetahui apakah kelebihan yang dibawakan melalui Galaxy A 2017 ini. Untuknya, kami telah bermain dan menggunakan Galaxy A7 2017, dan terbukti ia menjadikan kehidupan kami lebih pintar berbanding menggunakan telefon pintar lain dengan spesifikasi yang lebih kurang sama.

Samsung Pay – Memudahkan Pembayaran Dan Pengurusan Kad Kredit/Debit

Galaxy A 2017

Dengan era digital, integrasi pembayaran digital telah dilakukan pada telefon pintar. Tetapi, ia biasanya hadir pada peranti mahal sahaja – dan dengan Galaxy A 2017, ia membolehkan saya mencuba fungsi berkenaan.

Melaluinya, pengguna hanya perlu menambah kad kredit atau debit didalamnya, dan hanya perlu menggunakan telefon pintar ketika membuat pembayaran. Berbeza dengan sejumlah perkhidmatan seumpamanya yang lain, Samsung Pay yang hadir pada Galaxy A 2017 ini boleh digunakan bersama pelbagai terminal pembayaran yang diguna pakai di kedai-kedai seluruh Malaysia.

Kini, walaupun saya terlupa bawa dompet, saya masih boleh membuat pembelian dengan Galaxy A 2017 saya.

Samsung Focus – Pengurusan Komunikasi Dan Kalendar Dengan Lebih Efisyen

Di kedai aplikasi Google Play Store, terdapat sejumlah aplikasi pengurusan emel – tetapi tiada yang memberikan pengalaman baik seperti Samsung Focus pada Galaxy A 2017.

Melaluinya, kini saya boleh melihat emel yang diterima dengan mudah, dan seterusnya terus menambah sesuatu temujanji pada kalendar dan menjemput rakan-rakan lain. Perkara ini dijayakan dengan integrasi tiga dalam satu pada Samsung Focus – iaitu emel, kalendar dan juga buku alamat.

Kini, pengurusan komunikasi saya lebih efisyen dan memudahkan lagi pengurusan kehidupan harian saya.

Skrin Yang Sentiasa Aktif Ketika Saya Memandangnya

Galaxy A 2017

Salah satu perkara menjengkelkan ketika menggunakan telefon pintar dan membaca artikel melaluinya adalah dimana skrin sentiasa terpadam atau malap secara automatik.

Melalui Galaxy A 2017, ia bukan lagi satu masalah untuk saya, dimana ia mengintegrasikan fungsi yang mengenal-pasti mata pengguna, dan menjadikan skrin sentiasa aktif sepanjang anda memandang skrin berkenaan.

Menjimatkan Data Melalui Opera Max

Galaxy A 2017

Satu masalah besar ketika menggunakan telefon pintar adalah penggunaan datanya. Pada Galaxy A 2017, Samsung menyertakan aplikasi Opera Max secara terbina, dan membolehkan saya menjimatkan penggunaan data bulanan – sekaligus membolehkan saya melakukan lebih banyak perkara menggunakan pelan data yang serupa seperti sebelumnya.

Tambahan lagi, Opera Max juga menawarkan fungsi VPN yang menjadikan segala komunikasi dan data yang dihantar serta terima melalui Galaxy A 2017 lebih selamat dan tidak terdedah kepada pihak ketiga.

Mengelak Gangguan Ketika Memainkan Permainan

Ketika memainkan permainan, terutamanya berbentuk multi-player, salah satu perkara yang saya paling benci adalah kemasukkan panggilan suara atau mesej, notiifkasi dan sebagainya.

Ia tidak lagi menjadi masalah melalui Galaxy A 2017 kerana ia menyertakan fungsi Game Mode. Melaluinya, ia diaktifkan secara automatik ketika saya memainkan sesuatu permainan, dan ia akan mengelak pelbagai gangguan ketika memainkan permainan berkenaan.

Tambahan lagi, Samsung turut menyertakan beberapa fungsi seperti sebagai contoh merakamkan skrin. Ia sekaligus membolehkan saya merakamkan skrin, dan berkongsi kelebihan saya bermain sesuatu permainan terus ke laman sosial.

Memudahkan Mute Panggilan Dengan Hanya Terbalikkan Peranti

Ketika dalam mesyuarat atau sesuatu pertemuan, kadang-kala, mungkin anda akan menerima panggilan dan perlu menekan butang atau berinteraksi dengan skrin hanya untuk mute akan panggilan berkenaan.

Namun, melalui Galaxy A 2017, ia kini lebih mudah. Saya hanya perlu terbalikan skrin telefon, dan ia akan mute akan panggilan berkenaan secara automatik. Fungsi yang sangat berguna, terutamanya dalam sesuatu mesyuarat.

Always On Display Memudahkan Melihat Notifikasi Terlepas Tanpa Mengaktifkan Skrin

Galaxy A 2017

Galaxy A 2017 juga kini menyertakan fungsi Always On Display. Melaluinya, skrin akan kekal aktif sepanjang masa dan memaparkan masa serta notifikasi dibawahnya (atau kalendar).

Ia tidak menggunakan bateri yang sangat tinggi, malah menariknya kini saya boleh melihat pelbagai ikon notifikasi terus pada Always On Display, tanpa perlu menekan butang Home untuk mengaktifkan skrin.

Pengurusan Peranti Dengan Mudah Melalui Device Maintenance

Galaxy A 2017

Salah satu igauan ramai ketika mendapatkan telefon pintar adalah peranti yang menjadi semakin lambat dari hari ke hari. Sistem operasi masa kini sedia cuba untuk mengatasinya, dan Samsung Galaxy A 2017 lebih mempermudahkan proses berkenaan.

Kini, pengguna boleh menguruskan pelbagai perkara melalui Device Manager – termasuk untuk mendapatkan ruangan storan tambahan, mengosongkan penggunaan memori, malah untuk mengawal penggunaan bateri pada telefon pintar Galaxy A 2017.

Smart Tutor Untuk Menyelesaikan Pelbagai Masalah Berkaitan Peranti

Dan salah satu ciri yang sangat membantu pada Galaxy A 2017 adalah integrasi Smart Tutor. Kini, sekiranya telefon pintar saya mempunyai sebarang masalah yang saya tidak dapat atasi secara peribadi, saya hanya perlu menggunakan fungsi Smart Tutor, dan pihak Samsung akan membantunya secara remote dari pusat khidmata mereka.


Galaxy A 2017 hadir dalam dua variasi di Malaysia, iaitu Galaxy A5 dan juga Galaxy A7. Kedua-duanya ditawarkan pada harga yang sangat kompetetif jikalau dibandingkan dengan ciri pintar yang dibawakan olehnya.

Di Malaysia, anda boleh mendapatkan Galaxy A 2017 pada harga bermula RM1699.

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd