Cari @ Amanz

Meizu mungkin bukan jenama yang digunakan ramai pengguna di Malaysia tetapi di China mereka terkenal dengan kekerapan menghasilkan peranti baru. Rekaan untuk peranti terkini mereka Meizu M5s tertiris ke arena web dan tidak menunjukkan perubahan yang drastik berbanding model-model mereka sebelum ini.

Meizu M5s Tertiris

Meizu M5s ialah peranti logam dengan skrin 5.2″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek MT6753, RAM sebesar 2/3/4 Gigabyte dan storan 16/32/64 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Akhir sekali bateri 2930 mAh digunakan sebagai sumber kuasa. Ia masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar Flyme OS. Peranti ini dijangka dijual pada harga amat mampu milik RMB 999 (~RM 645).

Meizu M5s Tertiris

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd