Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, Huawei telah hadir dengan sebuah keluarga peranti baru, dinamakan NOVA. Di Malaysia, Huawei hanya menawarkan NOVA Plus sahaja, dan kini, Huawei Malaysia telah memulakan pendaftaran minat untuk EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat untuk peranti berkenaan.

Bagi anda yang tidak ingat, Huawei NOVA Plus merupakan peranti berspesifikasi pertengahan daripada Huawei, tetapi menyertakan beberapa ciri-ciri premium – lebih kurang seperti apa yang dilakukan oleh Samsung melalui keluarga peranti Galaxy A.

Huawei NOVA Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM1499.

Ia ketika dijual hadir dengan Android 6.0 Marshmallow, dan semestinya ramai yang akan mengemari permulaan ujian beta ini yang memberikan petanda Android Nougat akan ke peranti berkenaan tidak lama lagi.

Melalui EMUI 5.0, pihak Huawei turut menyertakan sokongan pembelajaran mesin untuk pengoptimasian sistem, fungsi talam aplikasi, notifikasi yang lebih tersusun, kemudahan multi-tasking, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan NOVA Plus, boleh mendaftarkan minat untuk menguji EMUI 5.0 Beta terlebih dahulu – sebelum ia dilancarkan kepada pengguna umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd