Cari @ Amanz

Google hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk Google Maps, dimana pengguna Android akan mula melihat perubahan pada aplikasi Google Maps mereka dalam memudahkan lagi pengguna mengakses dan mendapatkan info mengenai lokasi sekitar mereka.

Google Maps AndroidMelalui kemaskini baru ini, pengguna tidak lagi perlu ke sesuatu menu seperti sebelumnya, tetapi boleh mengaksesnya dengan pantas melalui sebuah bar pada bahagian bawah aplikasi berkenaan. Pengguna boleh turut menatal ia ke atas dan mengakses kepada informasi atau melihat tab tambahan .

Ia juga kini lebih mudah untuk bernavigasi atau menggunakannya dalam mengetahui laluan transit – sekaligus meramalkan masa yang diambil untuk ke sesuatu tempat.

Google juga turut akan memaparkan dan mencadangkan sejumlah info dalam membuat pencarian dan perjalanan anda lebih mudah menggunakan Google Maps.

Buat masa ini, kami masih belum dapat mencubanya lagi dan masih menggunakan versi lama Google Maps. Pengenalan fungsi baru ini adalah secara berperingkat, dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum dapat melihatnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd