Hackathon Motorola Memperlihatkan Idea Menarik Moto Mods Daripada Para Pembangun

Hackathon Motorola Memperlihatkan Idea Menarik Moto Mods Daripada Para Pembangun

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Motorola nampaknya pandai dalam memperkembangkan sistem modular mereka dengan memfokuskan kepada para pembangun. Selepas mengumumkan inisiatif bersama pihak Indiegogo sebelum ini, kini Motorola turut memperlihatkan beberapa idea menarik daripada hackathon yang diadakan oleh mereka.

Daripada hackathon yang diadakan, sejumlah idea menarik hadir menggunakan Moto Mods, termasuk antaranya adalah:

  • Baby Care – Moto Mod untuk membolehkan anda menerima notifikasi berkaitan persekitaran bayi anda – seperti suhu persekitaran, dan sebagainya.
  • Moto Color – sensor khusus untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan.
  • Solar Powered Battery Charger – Moto Mod tambahan yang membolehkan anda mengecas Moto Z dibawah cahaya matahari.
  • Simple Syrup – Moto Mod yang membolehkan anda membaca kadar gula – sangat berguna kepada mereka yang mempunyai penyakit diabetes.
  • ModCoholic – Moto Mod untuk menyemak kadar alkohol melalui hembusan nafas.

Seperti biasa, ini sekadar idea yang dihasilkan dalam tempoh beberapa hari sahaja. Beberapa daripadanya turut akan mengumpulkan dana melalui Indiegogo. Pihak Motorola turut mengatakan mereka akan seterusnya membawa hackathon mereka ke tanah besar China.


TIPS & ULASAN