PALIT Mengumumkan Kad Grafik Dengan Penyejukan Pasif – GeForce GTX 1050 Ti KalmX

PALIT Mengumumkan Kad Grafik Dengan Penyejukan Pasif – GeForce GTX 1050 Ti KalmX

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Penggunaan konsep penyejukan pasif bukan sesuatu yang baru di arena pembinaan komputer, akan tetapi ia kebiasaannya digunakan untuk menyejukkan cip pemprosesan komputer, terutamanya untuk mereka yang mahukan penyejukan yang benar-benar senyap.

Untuk kad grafik, syarikat-syarikat yang membina komponen-komponen ini akan biasanya memilih untuk menggunakan penyejuk udara ataupun cecair untuk penyejukkan cip pemprosesan grafik yang lebih cekap.

PALIT, sebuah syarikat yang khusus memfokuskan dalam pembinaan kad grafik, kini telah mengumumkan sebuah kad grafik baru yang menggunakan teknologi penyejukan pasif ini, iaitu PALIT GeForce GTX 1050 Ti KalmX.

Konsep penyejukan pasif PALIT ini menggunakan tapak tembaga, yang akan mengalirkan haba daripada CPU kepada dua paip haba nikel, di mana barisan sirip nikel akan menyuraikan haba tersebut ke udara.

Kad grafik ini juga agak padat, dan oleh kerana ia tidak memerlukan kuasa luaran dari bekalan kuasa, ia amat bagus untuk digunakan untuk komputer bersaiz kompak.

Buat masa ini, GeForce GTX 1050 Ti KalmX ini merupakan kad grafik penyejukan pasif yang pertama, jadi jika and mahukan sebuah kad grafik yang tidak mengeluarkan bunyi langsung, mungkin ini boleh menjadi salah satu kad grafik pilihan anda.


TIPS & ULASAN