Serlahkan Potensi Sebenar Netflix Dengan Pemalam Chrome – Netflix Categories

Serlahkan Potensi Sebenar Netflix Dengan Pemalam Chrome – Netflix Categories

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Semenjak Netflix dilancarkan seluruh dunia pada awal tahun lepas, banyak masa di hujung minggu kami luangkan dengan menonton pelbagai rancangan di perkhidmatan penstriman video tersebut.

Salah satu cara Netflix boleh memperbaiki perkhidmatan mereka ialah dengan mengembangkan katalog kategori mereka. Buat masa terdekat, terdapat satu pemalam Chrome bernama Netflix Categories, yang akan memberikan anda keupayaan untuk mencari siri-siri kegemaran anda melalui kategori secara lebih mendalam.

Setelah anda muat-turun pemalam Netflix Categories, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Netflix anda seperti biasa, dan klik pada ikon Netflix Categories di hujung pelayar web anda. Anda seterusnya akan boleh mengakses lebih seratus kategori tersembunyi di Netflix.

Pemalam ini juga membenarkan pengguna menandakan kategori kegemaran, dan dengan ini, anda tidak perlu menatal melalui senarai kategori yang panjang untuk menonton rancangan-rancangan kegemaran anda.

Jika anda mempunyai langganan Netflix, cubalah guna pemalam Netflix Categories ini untuk menonton rancangan-rancangan dan filem yang mungkin anda terlepas sebelum ini.

Muat-Turun Netflix Categories


TIPS & ULASAN