Humble Bundle Menawarkan Koleksi RPG Untuk Pengguna Android

Humble Bundle Menawarkan Koleksi RPG Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Humble Bundle memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai permainan pada harga yang jauh lebih murah berbanding biasa. Bulan ini mereka kembali lagi dengan penawaran beberapa RPG untuk peranti Android pada harga serendah $1.

Melalui Humble Mobile Bundle RPG ini, pengguna boleh mendapatkan permainan Symphony of Eternity, Doom & Destin dan Evoland pada harga $1 (~RM 4.44). Tiga lagi permainan Wayward Souls, Shadowrun Returns dan Adventure Bar Story pada harga $5.79 (~RM 22).  Jika anda membayar lebih daripada $6 (~RM 27), Shadowrun: Dragonfall – Director’s dan and Star Wars Knights of the Old Republic turut akan disertakan sekali. Harga jualan biasa untuk kesemua permainan mencecah $44 (~RM 195).

Bagi anda yang meminati permainan RPH, anda boleh mendapatkannya pada harga sangat rendah melalui Humble Bundle untuk tempoh 14 hari bermula hari ini

Layari : Humble Mobile Bundle RPG


TIPS & ULASAN