MagicBridge – Aksesori Menggabungkan Papan Kekunci Tanpa Wayar Apple Dan Magic Trackpad 2
Artikel Berkaitan

MagicBridge – Aksesori Menggabungkan Papan Kekunci Tanpa Wayar Apple Dan Magic Trackpad 2

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Dari pengalaman peribadi melihat rakan sepejabat di Amanz boleh saya rumuskan pengguna Apple adalah jauh lebih kemas berbanding pengguna PC. Meja sidang redaksi yang menggunakan Apple sentiasa tersusun rapi dengan pelbagai aksesori Apple kelihatan baru sahaja dibeli semalam. Kekemasan adalah penting bagi mereka dan MagicBridge ialah aksesori yang boleh mereka miliki sekiranya anda mahu mengemaskan meja kerja.

Aksesori ini memudahkan sebuah papan kekunci tanpa wayar Apple digabungkan dengan sebuah Magic TrackPad 2. Dengan penggunaan MagicBridge, kedua-dua peranti input ini terletak lebih kemas di atas meja. MacgicBridge menyokong konfigurasi tangan kanan dan kidal dengan kemasan warna putih untuk membuatkannya kelihatan seperti produk yang dihasilkan sendiri oleh Apple. Harga jualan aksesori ini ialah $34.99 (~RM 155).


TIPS & ULASAN