Peranti realiti maya membohongi deria penglihatan dan pendengaran untuk membawa pengguna ke dunia berbeza dari realiti. Oculus, Vive dan PlayStation VR kesemuanya berjaya membawakan dimensi baru ke dalam dunia permainan komputer. Tetapi tidak kesemua deria pengguna tertipu dengan peranti realiti maya. Oleh itu Koei Tecmo menghasilkan VR Sense, kabinet realiti maya mereka.
VR Sense menggunakan PlayStation VR dan PlayStation Move sebagai peranti realiti maya utama. Pada waktu yang sama kerusi yang duduki pengguna boleh bergerak dan bergerak Terdapat sistem semburan angin, udara dan bau bagi memastikan kesemua deria pengguna dirangsang semasa menggunakan kabinet permainan ini.
Tiga permainan disokong buat masa ini ialah Dynasty Warriors, GI Jockey Sense dan Horror Sense. VR Sense hanya dihasilkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini kerana masih terdapat minat dari pengguna untuk pergi ke arked permainan.