Carian
DLC Tekstur Beresolusi Tinggi Untuk Fallout 4 Kini Boleh Dimuat Turun
February 7, 2017 • Effi Saharudin

Mengapa masih ramai peminat permainan komputer masih tegar memilih platform PC sedangkan konsol kurang memeningkan kepala? Jawapan paling kerap diterima ialah PC menyokong tetapan grafik lebih tinggi dan lancar berbanding konsol. Kami secara peribadi memilih konsol kerana kos memiliki PC berspesifikasi tinggi adalah terlalu mahal. Tetapi sekiranya anda mampu dan turut memiliki Fallout 4, DLC tekstur beresolusi tinggi yang dijanjikan bulan lalu boleh dimuat turun menerusi Steam hari ini.

Muat turun ini adalah sebesar 58 Gigabyte. Pada waktu yang sama pengguna perlu memiliki sekurang-kurangnya pemproses Intel Core i7-5820K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 8 Gigabyte dan RAM sebesar 8 Gigabyte bagi memastikan ia mampu dimainkan dengan lancar. Beberapa gambar Fallout 4 menggunakan tekstur beresolusi tinggi ini dapat dilihat di bawah. Dari apa yang kami lihat perbezaan adalah tidak ketara dan harus kami akui agak mengecewakan. Untuk melihat beberapa lagi gambar beresolusi tinggi sila ikuti pautan di bawah.

Komen