Ini Pandang Pertama Alicia Vikander Sebagai Lara Croft Di Dalam Filem Tomb Raider

Ini Pandang Pertama Alicia Vikander Sebagai Lara Croft Di Dalam Filem Tomb Raider

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Filem adaptasi permainan popular Tomb Raider sedang menjalani penggambaran. Kali ini Alicia Vikander, pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar melakonkan watak Lara Croft. Sebelum ini watak ikonik ini dilakonkan oleh Angelina Jolie yang turut pernah memenangi anugerah Oscar.

Gambar pertama Vikander sebagai Lady Croft tertiris ke arena web dan amat berbeza dari dua filem lakonan Jolie. Pemakaian dan gaya Vikander lebih menyamai Lara Croft dari siri reboot yang dibangunkan oleh Crystal Dynamics. Tiada seluar pendek ketat dan cermin mata hitam bergaya. Seperti Assasin Creed yang dilakonkan oleh Michael Fassbender (yang merupakan teman lelaki Vikander), filem ini nampak lebih serius. Diharap ia tidak mengecewakan seperti filem-filem adaptasi permainan video sebelum ini.


TIPS & ULASAN