Malwarebytes sejak daripada tahun lepas agak aktif dalam memperkukuhkan lagi portfolio mereka, disamping telah hadir dengan penawaran terbaru perisian mereka yang beroperasi seumpama sebuah antivirus, dan bukan memfokuskan malware sahaja sebelum ini.
Terkini, dalam usaha terus mengukuhkan kedudukan dan memperluaskan keparakan, pihak Malwarebytes telah mengambil-alih satu lagi syarikat sekuriti, iaitu Saferbytes.
Ia sekaligus membawa kepakaran Saferbytes dalam arena anti-malware, anti-eksploit, anti-rootkit, perisian antivirus dan sebagainya ke Malwarebytes. Nilai transaksi tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak, tetapi kita mungkin akan dapat melihat penawaran sekuriti menyeluruh daripada Malwarebytes selepas ini.