Oppo Ialah Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Di China Pada Tahun 2016

Oppo Ialah Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Di China Pada Tahun 2016

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

China ialah pasaran telefon pintar terbesar dunia pada tahun  2016. Dianggarkan setiap satu daripada tiga telefon pintar tahun lalu dijual di China. Oleh itu penguasaan pasaran di negara ini ialah penting bagi pengeluar yang menjadi kuasa besar peranti di dunia. Menurut IDC, Tahun lalu takhta pengeluar telefon pintar nombor satu di China jatuh ke tangan Oppo.

Syarikat ini berjaya menjual 78.4 Juta peranti di hadapan pesaing terdekat Huawei yang menjual 76.6 Juta peranti. Ini diikuti oleh Vivo (69.2 Juta ) , Apple (44.9 Juta ) dan Xiaomi (42.5 Juta). Paling menakjubkan mereka mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 122.2% berbanding tahun 2015. Vivo juga mencatatkan peningkatan yang tinggi sebanyak 96.9%. Berita buruk buat Apple mereka mencatatkan penurunan jualan sebanyak -23.3%. Xiaomi mencatatkan penurunan paling tinggi sebanyak -36%.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, tahun lalu Oppo R9 ialah peranti yang paling laku jualannya di China tahun lalu. Buat pertama sejak tahun 2012 iPhone gagal menjadi peranti terlaris di China. Sebab pengguna memilih Oppo ialah harga jualan lebih mampu milik, sistem pengecasan pantas dan pengguna skrin AMOLED.  Bagi merampas semula takhta dari Oppo, Apple perlu memastikan model iPhone tahun ini mempunyai kesemua fungsi di atas.


TIPS & ULASAN