Grab Kini Membolehkan Anda Menempah Bas Di Singapura Melalui GrabCoach

Grab Kini Membolehkan Anda Menempah Bas Di Singapura Melalui GrabCoach

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi. Mereka sedia menawarkan sokongan untuk membuat tempahan kenderaan yang membawa sehingga 6 penumpang. Terkini, bagi anda yang ingin bergerak dalam kumpulan yang besar – iaitu sehingga 40 orang, Grab memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan GrabCoach.

Sebanyak tiga pilihan berbeza ditawarkan – iaitu daripada tempahan van hinggalah kepada sebuah bas. Ia dibahagikan mengikut jumlah penumpang yang boleh dibawa – iaitu sehingga 13 orang, 23 orang atau 40 orang.

Perkhidmatan ini mungkin sangat berguna bagi anda yang pergi bercuti dalam kumpulan, atau mungkin digunakan syarikat untuk membawa pengunjung atau pekerja mereka dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

GrabCoach ini membolehkan pengguna membuat tempahan sehingga 7 hari sebelumnya, dan ia ditawarkan pada harga bermula $65 untuk satu perjalanan di Singapura. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Grab akan memperluaskan perkhidmatan ini ke negara lain ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN