Pelayar Web Opera Untuk Desktop Kini Membuka Sesuatu Web Dengan Lebih Pantas

Pelayar Web Opera Untuk Desktop Kini Membuka Sesuatu Web Dengan Lebih Pantas

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Opera merupakan salah satu pelayar web yang diminati sejumlah pengguna, terutamanya kerana pengoptimasian dan pelbagai ciri-ciri tambahan yang ditawarkan. Hari ini, pembangunnya telah hadir dengan Opera 43 dengan fokus untuk membolehkan pengguna membuka sesuatu halaman web dengan lebih pantas.

Opera menamakan fungsi ini sebagai Instant Page Loading. Secara kasar, ia berfungsi lebih kurang sama seperti pada Chrome hari ini. Sesuatu halaman web akan mula dimuatkan apabila anda menaip alamat URL-nya, dan ia akan tersedia sebaik sahaja anda menekan butang Enter. Seperti biasa, pelayar web ini akan mempelajari kaedah penggunaan anda dan kekerapan anda membuka sesuatu web berkenaan.

Disamping itu, Opera turut mengatakan kini pelayar web mereka lebih dioptimasikan untuk sistem operasi Windows, membuatkan ia boleh dimulakan sekitar 13% lebih pantas berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, anda boleh menaik-taraf ke versi terbaru, atau memuat-turun Opera untuk desktop secara percuma hari ini.

Muat-Turun Opera untuk desktop


TIPS & ULASAN