Avast 2017 Hadir Dengan Sokongan Pengoptimasian Khusus Untuk Permainan Video

Avast 2017 Hadir Dengan Sokongan Pengoptimasian Khusus Untuk Permainan Video

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Avast merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perisian sekuriti dan antivirus. Terkini, mereka telah mengumumkan Avast 2017 yang hadir dengan pelbagai kemaskini untuk mengatasi ancaman sekuriti dan juga ransomware.

Avast 2017 turut mengintegrasikan teknologi penganalisa daripada AVG dalam satu – menjadikan perisian sekuriti ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Avast Game Mode

Melalui versi terbaru juga, ia menyertakan Avast Game Mode yang lebih dioptimasikan. kini, ia tidak lagi memaparkan sebarang notifikasi yang menganggu ketika anda sedang memainkan permainan. Malah, pelbagai kemaskini juga dihadkan apabila anda mengaktifkan Game Mode pada Avast 2017 – sekaligus memudahkan anda menikmati permainan tanpa sebarang gangguan lengah masa.

Sebanyak empat variasi kemaskini ditawarkan dibawah Avast 2017 ini, iaitu Avast Free Antivirus, Avast Pro Antivirus, Avast Internet Security dan juga Avast Premier. Bagi anda yang berminat, boleh menaik-taraf dan memuat-turun versi terkini perisian Avast untuk komputer anda – sekaligus melindunginya daripada pelbagai ancaman sekuriti.

Muat-Turun Avast


TIPS & ULASAN