Xperia Ear Kini Di Malaysia Pada Harga RM999 – Pelekap Telinga Pintar

Xperia Ear Kini Di Malaysia Pada Harga RM999 – Pelekap Telinga Pintar

Diterbitkan pada Feb 7, 2017 oleh .

Sony telah memperkenalkan pelekap telinga pintar mereka pada tahun lepas, iaitu Xperia Ear, dan hanya mula dijual di beberapa buah negara sejak penghujung 2016 lepas. Kini, selang beberapa bulan, Sony Malaysia turut telah mula menawarkan Xperia Ear untuk pengguna di Malaysia.

Menggunakan Xperia Ear, ia membolehkan anda berkomunikasi tanpa sambungan wayar dan menggunakannya dalam mendengar lagu dan sebagainya.

Sony Xperia Ear

Selain daripada itu, ia turut mengintegrasikan sokongan pintar – dimana anda boleh membuat carian informasi, menyemak jadual harian, mengetahui keadaan cuaca dan sebagainya. Pengguna hanya perlu ucapkan apa yang ingin diketahui, dan Xperia Ear yang dipasang di telinga akan membacakannya terus kepada anda.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Xperia Ear ini daripada pengedar Sony Malaysia tempatan pada harga RM999.


TIPS & ULASAN