Logitech Hadir Dengan Webcam Yang Menyokong Rakaman 4K

Logitech Hadir Dengan Webcam Yang Menyokong Rakaman 4K

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan komputer riba hadir dengan webcam terbina, tetapi untuk pengguna komputer desktop – terutamanya di organisasi atau perusahaan, mereka masih perlu mendapatkan webcam secara berasingan sekiranya ingin menggunakan fungsi seperti panggilan video.

Logitech BrioUntuknya, Logitech mempunyai beberapa penawaran, dan hari ini mereka hadir dengan produk terbaru – sebuah webcam dengan sokongan 4K.

Dinamakan Logitech BRIO 4K Pro Webcam, Logitech mengatakan ia bukan sahaja untuk panggilan video, tetapi juga untuk penstriman langsung, rakaman vlog dan sebagainya. Ia juga hadir dengan sokongan Windows Hello – membolehkan anda menambah sekuriti tambahan kepada komputer anda dengan mudah.

Logitech turut mengintegrasikan sokongan HDR untuk rakaman video yang lebih cantik melaluinya, dan dijual pada harga $199 di Amerika Syarikat, iaitu sekitar RM883. Ia tidak diketahui lagi bilakah produk ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.


TIPS & ULASAN