YouTube Membuka Fungsi Penstriman Langsung Melalui Peranti Mudah-Alih Kepada Lebih Ramai Pengguna

YouTube Membuka Fungsi Penstriman Langsung Melalui Peranti Mudah-Alih Kepada Lebih Ramai Pengguna

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Pada hari ini, sesiapa sahaja boleh melakukan penstriman langsung melalui YouTube menggunakannya di web. Namun, untuk peranti mudah-alih, ia hanya terhad kepada mereka dengan angka pengikut yang tinggi.

Kini, dengan populariti aplikasi seperti Facebook dan Instagram, pihak YouTube turut tidak ingin ketinggalan. Hari ini, mereka telah mengumumkan yang mana fungsi penstriman langsung melalui peranti mudah-alih sama ada Android atau iOS boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai angka pengikut melangkaui 10,000 orang.

Seperti biasa, Google akan membuka fungsi penstriman langsung ini kepada semua pengguna tanpa mengira angka pengikut pada suatu hari kelak, tetapi tidak memberikan tarikhnya lagi buat masa ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan lebih menggunakan fungsi penstriman video langsung ini melalui peranti mudah-alih pada YouTube, atau lebih kepada menggunakannya melalui Facebook atau Instagram?


TIPS & ULASAN