Cari @ Amanz

Di dalam dunia telefon pintar Sony Xperia mungkin tidak segah Samsung, Apple ataupun Oppo. Tetapi ketiga-tiga pengeluar ini menggunakan sensor kamera yang dihasilkan oleh Sony. Malahan tahun lalu lima peranti dengan kemampuan kamera terbaik kesemuanya menggunakan sensor keluaran Sony. Sony mengumumkan sensor kamera baru khas untuk peranti mudah alih dengan kemampuan rakaman sehingga 960 FPS.

Sensor dengan saiz 19.3-Megapixel terbaru ini juga merupakan sensor pertama dilengkapi 3 lapisan CMOS dan mempunyai DRAM tersendiri. Ia mampu menangkap gambar dalam masa 1/120 saat. Ini meletakkannya empat kali lebih pantas berbanding sensor IMX 318 yang digunakan pada Asus Zenfone AR. Ia turut mampu merakam video 4K 60 FPS dan 1080P 240 FPS. Dengan sensor yang pantas ini masalah rolling shutter yang sinonim dengan kamera peranti pintar dapat dikurangkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd