Terma Dan Syarat Apple iTunes Dihasilkan Dalam Bentuk Komik

Terma Dan Syarat Apple iTunes Dihasilkan Dalam Bentuk Komik

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Berapa ramaikah di antara kita yang membaca kesemua terma dan syarat menggunakan pelbagai perkhidmatan atas talian? Kami yakin ramai yang hanya menekan butang “saya setuju” apabila melihat terma dan syarat yang panjang berjela. R. Sikoryak seorang pelukis dari Amerika Syarikat melancarkan Terms and Conditions The Graphic Novel yang mengubah terma dan syarat iTunes menjadi sebuah komik.

Komik 96 muka surat ini dilukis mengikut gaya pelbagai pelukis komik popular seperti Akira Toriyama, Katsuhiro Utomo, Mike Mignola, Matt Groening dan Jack Kirby. Dengan adanya komik ini mungkin akhirnya pengguna akan tergerak untuk membaca seterusnya memahami kesemua terma dan syarat sebelum bersetuju. Komik ini akan dijual bula Mac pada harga $14.95 (~RM67).


TIPS & ULASAN