4 Trend Ini Bakal Menjadi Fokus Institusi Pengajian Dalam Menambah-Baik Pengalaman Pembelajaran

4 Trend Ini Bakal Menjadi Fokus Institusi Pengajian Dalam Menambah-Baik Pengalaman Pembelajaran

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Perkembangan teknologi turut memperlihatkan perubahan dari segi bagaimana kandungan dan pembelajaran disampaikan kepada para pelajar. Menurut pihak Instructure, pada 2016 yang lepas, kita telah melihat perubahan daripada pembelajaran yang diperibadikan kepada pembelajaran yang memfokuskan pelajar – yang mana meliputi penawaran pembelajaran pada bila-bila masa, dimana sahaja, termasuk dengan penggunaan pelbagai penawaran aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran secara kendiri.

Evolusi daripadanya, Instructure mengatakan pelbagai institusi pengajian telah memulakan proses evolusi mereka – sekaligus menyediakan para pelajar dengan pengetahuan yang diperlukan dalam arena pekerjaan hari ini. Terkenal dengan pembangunan penawaran untuk mendidik pengguna menjadi lebih pandai, Instructure baru-baru ini telah berkongsi mengenai ramalan dan trend mereka untuk tahun 2017 dalam arena pembelajaran.

Menggunakan Kelebihan Data

Untuk tahun 2017 ini, pasaran pendidikan dikatakan akan mengambil kira model berasaskan kepada analisis – dimana data akan digunakan dalam membuat ramalan yang lebih baik terhadap prestasi seseorang. Disamping itu, perkongsian data ini antara sekolah akan memudahkan lagi untuk mengetahui perkembangan dan prestasi pada tahap industri.

Walaubagaimanapun, pengkaji dari Instructure menekankan yang mana data bukan untuk prestasi semata-mata, sebaliknya institusi pengajian turut boleh mengubah data yang diperolehi kepada suatu langkah dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan permintaan pelajar.

Lebih Banyak Penggunaan Teknologi Terbuka

Perkembangan teknologi juga membuatkan kolaborasi lebih mudah, disamping kini lebih ramai menggunakan teknologi terbuka. Institusi pengajian dan sekolah dijangka akan turut melakukan perkara sama, dan menggunakan teknologi terbuka berbanding kebiasaannya menggunakan teknologi tertutup sebelum ini.

Perkara ini juga dikatakan selari dengan apa yang dikatakan ramai – “sama ada produk yang dibangunkan oleh sejumlah pembangun adalah baik, ataupun yang dibangunkan oleh ribuan komuniti?”.

Ini juga dijangka akan mengatasi masalah privasi, disamping membolehkan pelbagai institusi bekerjasama dalam suatu ekosistem yang baik demi perkembangan pelajar.

Pelajar

Pengalaman Sentiasa Belajar – 24 Jam Sehari

Dengan permintaan pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa, ia akan memainkan peranan utama dalam para penyedia perkhidmatan awan untuk institusi pembelajaran menambah-baik penawaran mereka.

Untuk tahun 2017 ini, ia diramalkan yang mana sejumlah perkara akan menjadi fokus utama dalam memilih rakan kerjasama untuk perkomputeran awan – termasuk masa uptime, kadar kebolehpercayaan, selain prosedur dalam pemulihan sekiranya menghadapi sebarang bencana atau kemalangan.

Pembalajaran Sepanjang Hayat

Kajian oleh Canvas mendapati hanya sekitar 10% pelajar yang mempercayai pendidikan di sekolah menyediakan mereka untuk tempat kerja. Tekanan daripada para pelajar dan permintaan tinggi lain akan membuatkan institusi pengajian ini terus berevolusi.

Untuk 2017 ini, ia diramalkan untuk institusi pengajian menyediakan pengalaman pembelajaran yang mengajar pelbagai skil yang diperlukan untuk pekerjaan – berbanding hanya memfokuskan kepada ujian dan penilaian dalam kelas semata-mata. Pelbagai institusi pada hari ini lebih menilai kepada penghafalan fakta berbanding mengalakkan menjadi pemikir dan penyelesai masalah.


Seperti biasa, perkembangan arena digital memberi kesan tidak langsung kepada semua industri, termasuk pembelajaran. Walaupun pelbagai institusi telah mengguna-pakai teknologi dan pendigitalan dalam operasi mereka, tetapi struktur dan proses masih ketinggalan dan menyerupai kaedah lama.

Mungkin untuk 2017 ini, institusi pengajian telah boleh melihat untuk peralihan dalam terus menambah-baik pengajaran dan pembelajaran – sekaligus menawarkan lebih banyak nilai kepada para pelajar menggunakan teknologi.


TIPS & ULASAN