Tesla Model S P100D Memecah Rekod Pecutan Kereta Elektrik

Tesla Model S P100D Memecah Rekod Pecutan Kereta Elektrik

Diterbitkan pada Feb 9, 2017 oleh .

Tiap kali perbualan tentang kenderaan elektrik berlaku, nama Tesla mesti akan keluar. Syarikat yang diketuai oleh Elon Musk ini popular serata dunia, dan kami pasti tiba masa sahaja sebelum jenama tersebut akan mengeksport kenderaan-kenderaan elektriknya ke rantau Asia Tenggara dengan lebih meluas. Buat masa ini, Tesla hanya digunakan oleh beberapa agensi kerajaan dan terdapat sejumlah kenderaan Tesla di jalan raya Malaysia.

Baru-baru ini, kereta elektrik Tesla Model S P100D telah menjalani pusingan di sebuah litar, dan ia didapati telah berjaya memecahkan rekod untuk pecutan terpantas 0-60 mph (0-96.5606 km/h), dengan catatan masa mencapai 2.275507139 saat.

Ini merupakan suatu pencapaian yang sangat hebat kerana buat masa kini, tiada kereta yang menepati piawaian penggunaan jalan raya yang mampu memecah angka 2.3 saat sebelum ini.

Rekod waktu pecutan tersebut dapat dipecahkan kerana kereta Model S P100D yang diuji itu baru sahaja menerima kemasan firmware terbaru yang membenarkan kereta tersebut mengakses mod Ludicrous+, sebuah mod tersembunyi yang hadir bersama-sama dengan kemaskini firmware tersebut.

Menurut Elon Musk, kereta tersebut boleh memecut dengan lebih laju lagi jika alas kereta dan bonet dikeluarkan. Alasan yang diberi ialah ujian yang dilakukan oleh Motor Trend harus termasuk kerana kereta yang dijual di pasaran hadir bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN