Lebih 75 Juta Salinan Grand Theft Auto V Telah Terjual Setakat Ini

Lebih 75 Juta Salinan Grand Theft Auto V Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Take-Two Interactive, syarikat penerbit disebalik permainan popular seperti Grand Theft Auto hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka, dan menariknya, salah satu perkara yang mencuri perhatian adalah angka jualan permainan popular, Grand Theft Auto.

Menurut Take Two, sehingga kini, Grand Theft Auto V telah terjual sebanyak lebih kurang 75 juta salinan seluruh dunia – sekaligus menjadikan ia antara permainan popular.

Angka ini boleh dikatakan sangat jauh berbanding permainan lain seperti Mafia III yang hanya terjual 5 juta, atau Civilization VI yang terjual sekitar 1.5 juta salinan.

GTA sendiri mempunyai peminat yang ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia – membolehkan pengguna memainkan watak penjahat dalam menyelesaikan pelbagai tugasan. Selain permainan biasa, GTA Online juga turut dilihat mempunyai permintaan yang tinggi dari segi mikro-transaksi dan sebagainya.

Selain permainan untuk konsol dan PC, pihak Take-Two juga baru-baru ini telah mengambil-alih penerbit permainan pada peranti mudah-alih, iaitu Social Point.


TIPS & ULASAN