Lords Of The Fallen Versi Android Dan iOS Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 8, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lords of The Fallen hadir pada konsol dan PC pada Oktober 2014. Permainan aksi RPG ini kini hadir sebagai permua untuk peranti Android dan iOS. Sungguhpun berkongsi nama, permua ini bukanlah port dari permainan asal yang hadir pada konsol dan PC.

Kawalan watak dan serangan ke atas musuh dilakukan dengan tatalan di atas skrin. Ia mengingatkan kami kepada siri permua popular Infinity Blade. Versi Android dijual pada harga RM 43.99 manakala versi iOS pula dijual pada harga RM 39.90. Ia boleh dimuat turun hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami