Menghirup udara yang dicemari asap kenderaan bermotor ialah perkara biasa warga kota. Ratusan ribu kenderaan di atas jalan raya membuatkan ibu kota Kuala Lumpur sentiasa berjerebu. Bagi mengurangkan pencemaran Graviky Lab yang berpangkalan di Singapura menghasilkan dakwat Air-Ink.
Alat khas dipasang pada ekzos kenderaan biasa. Zarah halus dari asap dikumpul dalam bentuk serbuk sebelum di proses. Proses kimia yang dilakukan membuang zarah logam berat dan karsinogenik bagi memastikan keselamatan pengguna. Sisa yang tinggal kemudian menjadi bahan asas untuk menghasilkan dakwat Air-Ink.
Graviky Lab menjual Air Ink dalam bentuk botol dakwat dan pena marker ( 2mm, 15mm, 30mm dan 50mm). Mereka sedang memgumpul dana untuk penjualan secara komersial. Air-Ink boleh dipesan pada harga bermula SGD 35 ( RM 110).