Cari @ Amanz

Twitter ialah platfrom media sosial kegemaran kami kerana ianya menyampai mesej dengan pantas dan padat. Tidak seperti Facebook, pengguna Twitter tidak perlu membaca karangan sepanjang kajang dan susur masa yang tidak diracuni algoritma. Tetapi media sosial ini mempunyai masalah buli atas talian dan perkauman yang kronik sehingga menyukarkan ia dijual pada pihak yang berminat.

Hari ini Twitter mengumumkan beberapa fungsi baru yang akan mengurangkan masalah ini. Pertama sekali susur masa akan ditapis dari tweet balasan berunsur cacian dan kurang berkualiti. Pengguna masih boleh membaca balasan ini sekiranya mahu dengan menekan butang khas pada bahagian bawah skrin.

Seterusnya mereka akan menghalang individu yang akaunnya telah digantung bagi membuka akaun baru. Ini akan menghentikan amalan membuka akaun pendua yang kemudian digunakan untuk meneruskan cacian.

Akhir sekali fungsi carian selamat akan menapis kandungan yang dianggap sensitif dari dipaparkan. Ini adalah amat berguna bagi tidak mahu terlihat kandungan berunsur lucah dan ganas yang boleh ditemui di dalam Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd