Lagi Gambar Samsung Galaxy S8 Tertiris – Apa Kata Anda?

Lagi Gambar Samsung Galaxy S8 Tertiris – Apa Kata Anda?

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Samsung sudah pun menyatakan bahawa mereka tidak akan membuat sebarang pengumuman tentang telefon pintar Galaxy S8 di Mobile World Congress tahun ini. Walaubagaimanapun, itu tidak menghentikan orang ramai daripada mencungkil maklumat sebanyak yang mungkin tentang peranti utama akan datang daripada Samsung tidak lama lagi.

Terkini, Onleaks baru sahaja meniriskan beberapa imej gambaran baharu telefon pintar terbaru Samsung, dan ia berdasarkan kepada pelan CAD yang diperolehi oleh mereka. Ini merupakan gambaran Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus yang paling jelas buat masa ini – sekaligus membolehkan orang ramai membuat gambaran dan spekulasi tentang spesifikasi fizikal telefon pintar ini.

Berdasarkan laporan GearIndia, nampaknya telefon Galaxy S8 ini masih akan menggunakan kombinasi logam dan gelas yang digunakan pada Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge. Dalam pada itu, Samsung Galaxy S8 dijangka akan mempunyai ukuran diameter 148.90 x 68 x 8 mm, manakala telefon Galaxy S8 Plus akan berukuran 159 x 74 x 8 mm.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa saiz paparan skrin Galaxy S8 akan bersaiz antara 5.7 ke 5.8 inci, manakala S8 Plus pula akan mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz antara 6.1 ke 6.2 inci. Kedua-dua telefon ini akan menggunakan ciri skrin melengkung di kedua-dua sisi, dan ini adalah kali pertama Samsung menggunakan ciri ini untuk siri Galaxy S yang biasa.

Berdasarkan render tersebut, penggunaan port USB Type-C dapat dilihat untuk kedua-dua Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus, dan nampaknya Samsung tidak akan membuang port 3.5mm untuk fon telinga – tidak seperti iPhone 7 dan siri telefon Moto Z.

Kamera belakang juga dapat dilihat bersama-sama dengan pengimbas cap jari bersebelahan dengannya, dan ini adalah kerana berdasarkan render Onleaks, kedua-dua telefon pintar ini tidak akan mempunyai butang fizikal di hadapan, tidak seperti keluaran siri Samsung Galaxy S yang lepas.

Yang menariknya, Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus akan datang dengan teknologi dwi-kamera pandang hadapan yang akan berfungsi juga sebagai pengimbas mata. Butang kuasa dan kawalan audio berada di sebelah kiri telefon, supaya satu butang fizikal baru, yang berkemungkinan besar digunakan untuk mengaktifkan sokongan pembantu digital Bixby yang bakal diumumkan bersama-sama dengan telefon tersebut di bulan April nanti. Apa yang membuatkan ramai berbual mengenai telefon pintar ini selain daripada rekaannya adalah posisi pengimbas cap jari belakang yang diletakkan bersebelahan dengan kamera, dan bukannya pada bahagian bawah kamera seperti sejumlah peranti lain.

Berikut merupakan spesifikasi yang berkemungkinan akan dilihat sewaktu acara pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus nanti:
Paparan Skrin: 5.7/5.8 inci (Samsung Galaxy S8), 6.1/6.2 inci (Samsung Galaxy S8 Plus)
Kamera Utama: 12MP dual-pixel phase-detection autofocus, f/1.7, OIS, Auto HDR, dan rakaman video 4K
Kamera Sekunder: 8MP, autofocus, f/1.7, dan rakaman video QHD
Cip Pemprosesan: Samsung Exynos 8895/Qualcomm Snapdragon 835
Memori Dan Storan: 4GB/6GB, 64GB UFS 2.1, slot MicroSD
Perisian: Android 7.1.1 Nougat
Sambungan: 4G LTE, dual-band Wi-Fi ac/b/g/n, Wi-Fi Direct, Bluetooth, GPS, NFC, Samsung Pay, port USB 3.0 Type-C dan port fon telinga 3.5mm
Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengimbas iris, Samsung KNOX, Samsung Pass
Bateri: 3250mAh (Galaxy S8), 3750mAh (Galaxy S8 Plus), Adaptive Fast Charging, dan Fast Wireless Charging


TIPS & ULASAN