Corsair One – Sistem PC Lengkap Pertama Keluaran Corsair Diumumkan

Corsair One – Sistem PC Lengkap Pertama Keluaran Corsair Diumumkan

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Semasa zaman kami masih gila membina PC sendiri dahulu, Alienware dan Falcon Northwest ialah dua syarikat yang cukup terkenal di dalam arena PC berspesifikasi tinggi. Corsair pula ialah jenama yang sangat sinonim dengan modul RAM berprestasi tinggi. Mereka baru sahaja mengumumkan Corsair One yang merupakan sistem PC lengkap pertama mereka.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi, harga dan tarikh pelancaran diumumkan setakat ini. Dari beberapa gambar yang diperlihatkan, Corsair One berkemungkinan besar sebuah sistem PC bersaiz sederhana tinggi yang mensasarkan golongan pemain PC tegar. Kewujudan port HDMI pada bahagian hadapan juga petunjuk ia menyokong peranti realiti maya sekaligus memastikan ia sebuah PC dengan spesifikasi tinggi. Rekaan kerangka juga agak agresif dengan lampu berwarna biru seakan diinspirasikan oleh filem Tron. Sama-sama kita nantikan pengumuman spesifikasi penuhnya kelak.


TIPS & ULASAN