Carian
(Ura-Ura) Samsung Mungkin Mempertontonkan Prototaip Telefon Pintar Boleh-Lipat Pada MWC
February 8, 2017 Aman

Samsung sebelum ini sedia mengumumkan mengenai acara media khusus yang dijadualkan pada 26 Februari 2017 kelak bersempena dengan Mobile World Congress. Samsung dijangka memperkenalkan tablet terbaru mereka pada acara berkenaan.

Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Samsung mungkin turut mempertontonkan sebuah prototaip telefon pintar yang boleh-dilipat pada acara sama. Ia dikatakan Samsung akan mempertontonkan ia dalam sebuah acara khusus kepada beberapa pihak terpilih.

Samsung Galaxy X

Pengenalan seumpama ini dilihat lebih memfokuskan kepada teknologi panel paparan yang diguna-pakai – selain membolehkan mereka hadir dengan sebuah tablet yang boleh dilipat menjadi telefon pintar. Desas-desus baru ini juga selari dengan laporan sebelum ini mengatakan Samsung akan memperkenalkan sebuah peranti dinamakan “Galaxy X” yang akan menawarkan sokongan skrin boleh-lipat.

Bercakap mengenai penawaran lebih kurang sama, sebelum ini Lenovo telah mempertontonkan prototaip lebih kurang sama tetapi masih tidak berkongsi perancangan untuk memasarkan produk berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan meminati produk seumpamanya, atau lebih mengemari akan satu peranti dengan penggunaan khusus.

Komen