LG Watch Style Dan LG Watch Sport Diperkenalkan – Terawal Menggunakan Android Wear 2.0
LG

LG Watch Style Dan LG Watch Sport Diperkenalkan – Terawal Menggunakan Android Wear 2.0

Diterbitkan pada Feb 9, 2017 oleh .

Bersama-sama pengumuman Android Wear 2.0 hari ini, Google turut mengumumkan dua jam tangan pintar berasaskan sistem operasi berkenaan yang terawal di pasaran, iaitu LG Watch Style dan juga LG Watch Sport. Google mengatakan kedua-dua jam tangan ini dikeluarkan oleh LG dan direkabentuk dengan kerjasama pihak Google.

LG Watch 2017

Kedua-dua jam tangan pintar ini hadir dengan rekaan muka jam bulat, selain satu dilengkapi sokongan LTE dan satu lagi sebaliknya. Kedua-dua jam tangan pintar ini turut menawarkan sokongan kalis air dan debu, serta dilengkapkan dengan fungsi pengecasan tanpa-wayar.

LG Watch Style membawakan skrin bersaiz 1.2-inci, memori 512MB RAM, bateri berkapasiti 240mAh, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 2100 1.1Ghz. Ia hadir mengintegrasikan storan 4GB, selain dilengkapi sokongan WiFi dan Bluetooth.

LG Watch Sport pula menawarkan skrin sedikit besar, iaitu 1.38-inci, serta lebih memfokuskan kepada mereka yang ingin mendapatkan peranti untuk kecergasan dan jam tangan pintar dalam satu. LG Watch Sport turut menyertakan sensor tambahan seperto GPS, gyroscope, barometer dan sebagainya – termasuk diintegrasikan dengan fungsi selular LTE. Dengan lebih sensor, pihak LG turut menyertakan memori lebih besar, iaitu 768MB RAM, serta bateri 430mAh.

Kedua-duanya menggunakan Android Wear 2.0, dan akan ditawarkan di sejumlah negara terpilih bermula bulan Februari ini.


TIPS & ULASAN