Logo 5G Diperkenalkan – Tetapi Pengenalannya Mungkin Mengambil Masa Beberapa Tahun Lagi

Logo 5G Diperkenalkan – Tetapi Pengenalannya Mungkin Mengambil Masa Beberapa Tahun Lagi

Diterbitkan pada Feb 9, 2017 oleh .

Badan disebalik piawaian rangkaian, iaitu 3GPP hari ini telah memperkenalkan logo rasmi untuk rangkaian selular generasi seterusnya, iaitu rangkaian 5G. Secara kasar, ia tidak begitu berbeza dengan pengenalan logo untuk LTE sebelum ini – dimana mereka melakukannya dalam selarikan rekaan aspek dengannya.

5GMenurut badan berkenaan, logo 5G ini akan digunakan pada pelbagai perkara pada fasa pertama untuk pengenalan 5G yang dijangka sekitar penghujung 2018.

Buat masa ini, kebanyakkan syarikat telekomunikasi di Malaysia tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan rangkaian 5G. Masih terdapat sejumlah lokasi yang tidak diliputi oleh rangkaian 4G, dan mungkin ia perlu diselesaikan sebelum pengenalan rangkaian 5G.

Sebelum ini, kita telah melihat pengenalan awal rangkaian 4G di Malaysia pada awal 2013 oleh Maxis, dan diikuti oleh pelbagai penyedia lain.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas, mungkinkah kita akan melihat syarikat telekomunikasi tempatan mula bereksperimen dengan rangkaian 5G seawal tahun ini atau hadapan?


TIPS & ULASAN