Huawei P8 Lite 2017 Akan Dijenamakan Sebagai Nova Lite Di Beberapa Pasaran Dunia

Huawei P8 Lite 2017 Akan Dijenamakan Sebagai Nova Lite Di Beberapa Pasaran Dunia

Diterbitkan pada Feb 9, 2017 oleh .

Huawei P8 Lite 2017 dilancarkan pada awal Januari lalu. Ia kelihatan seperti sebuah Honor 8 tetapi tanpa sistem dwi-kamera. Huawei mengagumkan peranti kelas pertengahan ini akan dijual untuk pasaran global. Menurut raja tiris @evleaks, P8 Lite 2017 akan dijenamakan semula sebagai Nova Lite di beberapa pasaran dunia.

Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Huawei pernah melakukan penjenamaan semula nama peranti sebelum ini. Sebagai contoh Huawei Maimang 5 dijenamakan semula sebagai Huawei Nova Plus untuk pasaran antarabangsa.

Huawei Nova Lite ialah peranti 5.2″ HD Penuh dengan cip pemprosesan Kirin 655, dilengkapi memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Huawei P8 Lite (2017) ini menggunakan Android 7.0 Nougat, serta dilengkapi antaramuka EMUI.


TIPS & ULASAN