Cari @ Amanz

HTC pada awal Januari 2017 lepas telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri HTC U – iaitu HTC U Ultra dan juga HTC U Play. Ketika pengenalannya, wakil HTC telah mengatakan ia akan hadir ke Malaysia pada bulan Februari – dan selari dengannya, kini HTC Malaysia telah dalam persiapan untuk memperkenalkannya.

HTC Malaysia dijangka memperkenalkan peranti baru mereka untuk pasaran tempatan seawal Khamis hadapan. Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya sama ada HTC Malaysia akan memperkenalkan kedua-dua model atau hanya satu peranti sahaja.

HTC U Ultra

HTC U memfokuskan kepada sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan terbina padanya dalam memudahkan pengguna menjalani kehidupan harian – termasuk memperlihatkan temujanji dan sebagainya. HTC U Ultra juga dilihat hadir dengan skrin kedua dihadapan yang memudahkan pengguna mengikuti notifikasi dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah HTC Malaysia akan umumkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd