Siri Animasi Catslevania Akan Hadir Ke Netflix Tahun Ini

Siri Animasi Catslevania Akan Hadir Ke Netflix Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 9, 2017 oleh .

Castlevania ialah permainan klasik Konami yang sudahpun mencapai tahap legenda di kalangan peminat permainan komputer. Kali terakhir permainan siri ini dihasilkan ialah pada tahun 2014 dengan Castlevania Lords of Shadow 2. Konami kini tidak lagi menumpukan penghasilan permainan milik mereka dan hanya mengeluarkan mesin pachinko Castlevania pada tahun 2015.

Bagi peminat Castlevania ada berita baik untuk anda. Siri animasi Catslevania sedang dibangunkan untuk Netflix dan akan ditayangkan tahun ini.  Animasi dilakukan oleh Frederator Networks yang turut menghasilkan Adventure Time. Penulis komik terkemuka Warren Ellis juga turut terlibat. Tambah menarik musim kedua animasi ini telahpun disahkan sungguhpun musim pertama masih belum ditayangkan. Masa untuk Netflix dan membunuh drakula!


TIPS & ULASAN