Steam Cleaner Memudahkan Anda Membuang Fail Dari Steam Yang Tidak Digunakan

Steam Cleaner Memudahkan Anda Membuang Fail Dari Steam Yang Tidak Digunakan

Diterbitkan pada Feb 9, 2017 oleh .

Bagi anda yang sering memasang dan membuang permainan daripada klien seperti Steam, Uplay, atau GOG – salah satu perkara yang mungkin menjadi masalah adalah dimana mungkin ruangan storan anda dipenuhi dengan fail-fail yang tidak digunakan, sekaligus mengurangkan ruangan storan yang boleh digunakan.

Kebiasaannya, ketika memasang permainan, ia turut hadir dengan sejumlah fail lain yang mungkin digunakan untuk tujuan pemasangan sahaja – dan mungkin tidak digunakan selepas itu. Ia secara langsung akan memakan ruangan storan dan mungkin menyukarkan ketika ingin memasang permainan baru.

Steam Cleaner

Untuk tujuan berkenaan, Steam Cleaner hadir – dimana ia beroperasi lebih kurang seperti CCleaner tetapi hanya untuk permainan. Perisian ini bukan hanya terhad untuk klien permainan Steam sahaja, tetapi turut menyokong Uplay daripada Ubisoft dan juga GOG. Ia akan mengimbas dan membuang fail-fail yang tidak digunakan, sekaligus membolehkan anda mendapatkan ruangan tambahan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Steam Cleaner ini secara percuma untuk Windows, dan menyemak berapa banyak ruangan storan yang anda boleh kosongkan pada komputer anda hari ini.

Muat-Turun Steam Cleaner


TIPS & ULASAN