Cari @ Amanz

Google kadang-kala mempunyai sejumlah pasukan berbeza yang membangunkan produk lebih kurang sama. Antaranya adalah seperti perkhidmatan permesejan, selain satu lagi adalah perkhidmatan penstriman muzik. Google sedia mempunyai dua perkhidmatan penstriman muzik, iaitu Google Play Music dan juga YouTube Music.

Terkini, ia dilaporkan Google telah mula mengabungkan pasukan produk disebalik YouTube Music dan Google Play Music menjadi satu. Ia sekaligus akan memudahkan lagi proses pihak Google untuk hadir dengan penawaran untuk artis dan menarik syarikat rakaman ke platform mereka.

Menurut Google, buat masa ini, mereka masih tiada perancangan untuk mengabungkan aplikasi kedua-duanya, dan ia beroperasi seperti biasa untuk pengguna.

Di Malaysia, kedua-dua perkhidmatan ini masih belum dilancarkan secara rasminya. Tetapi terdapat beberapa pengguna beta terawal yang boleh menggunakan Google Play Music – tetapi tidak untuk perkhidmatan penstrimannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd