Cari @ Amanz

Honor ketika pengenalan Honor 6X untuk pasaran global pada awal Januari lepas, mereka telah mengatakan Malaysia adalah antara pasaran pertama di dunia yang akan menerimanya. Kini, selang sebulan, pihak Honor Malaysia dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkannya secara rasmi.

Honor Malaysia dijangka akan berkongsi mengenai penawaran telefon pintar terbaru mereka ini pada minggu hadapan – tetapi seperti biasa info awalnya dilihat telah tertiris ke arena web.

Honor 6X

Honor 6X

Daripada apa yang dilihat, Honor 6X dijangka akan memulakan pra-tempahan pada minggu hadapan dan ia bakal ditawarkan pada harga RM1199. Model yang ditawarkan dijangka adalah versi 3GB RAM dengan storan sehingga 32GB.

Honor 6X hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi cip Kirin 655, dan bateri berkapasiti 3340mAh. Salah satu ciri utama pada telefon pintar ini adalah sokongan dwi-kamera dibelakang yang mengabungkan sensor 12-megapixel dan 2-megapixel.

Seperti kebanyakkan peranti lain, Honor 6X turut dilengkapi sokongan dwi-SIM dan juga integrasi pengimbas cap jari.

Kita akan dapat mendengar lanjut mengenai Honor 6X ini untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan. Sekiranya benar ia berharga RM1199, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd