Permua Postknight Kini Keluar Secara Rasmi – Jadilah Kesatria Pos Yang Comel

Permua Postknight Kini Keluar Secara Rasmi – Jadilah Kesatria Pos Yang Comel

Diterbitkan pada Feb 10, 2017 oleh .

Syarikat pembina permua (permainan mudah-alih) tempatan Kurechii, yang popular dengan tajuk-tajuk seperti siri King’s League dan Tiny Guardians baru sahaja melancarkan permua terbaru mereka yang bertajuk Postknight.

Postknight ialah sebuah permua RPG, di mana anda bermain sebagai seorang watak kesatria pos di kerajaan Kurestal yang ditugaskan menghantar pelbagai surat dan bungkusan di kawasan-kawasan yang merbahaya.

Sepanjang perjalanan anda sebagai seorang Postknight, anda juga boleh level up watak anda, dapatkan set perisai yang mempunyai reka-bentuk yang menarik, dan juga berjumpa watak-watak yang menarik di sekitar kerajaan Kurestal.

PostKnight

Dalam pada anda menjalankan misi jalan cerita utama, anda juga boleh melakukan misi sampingan untuk menaikkan level watak anda, serta mengumpul bahan-bahan untuk menaik taraf perisai dan potion anda.

Semakin tinggi level anda, bukan sahaja akan anda dapat melawat kawasan-kawasan yang baru, anda juga akan mendapat keupayaan-keupayaan baru yang akan membantu anda membunuh raksasa dengan cepat.

Postknight kini berada di Google Play Store dan Apple Store, dan boleh dimuat turun dengan percuma.

Muat Turun: Postknight untuk iOS

Muat Turun: Postknight untuk Android


TIPS & ULASAN