iCloud Dilaporkan Menyimpan Data Pelayaran Web Walaupun Dipadam Pada Pelayar

iCloud Dilaporkan Menyimpan Data Pelayaran Web Walaupun Dipadam Pada Pelayar

Diterbitkan pada Feb 10, 2017 oleh .

Apple menggunakan sokongan iCloud atau perkhidmatan awan mereka pada pelayar web Safari dalam menyelarikan data pelayaran pada komputer, tablet dan juga telefon pintar. Ia biasanya dilaksanakan dalam usaha memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna ketika melayari web – tetapi kini daripada eksperimen seorang pengkaji bebas, ia didapati pihak Apple tidak membuang data yang disimpan mengenai pelayaran web mereka di iCloud.

Ini bermakna, sekiranya anda membuang sesuatu sejarah pelayaran pada Safari, ia masih akan disimpan pada iCloud. Daripada apa yang didapati pengkaji bebas berkenaan, Apple melalui iCloud menyimpan data sehingga November 2015 lepas. Kajian kasar juga mendapati Apple menyimpan Notes yang dipadamkan sehingga 30 hari sebelum dibuang terus daripada iCloud.

Walaubagaimanapun, menurut beberapa pendapat pihak lain, perkara ini dilihat lebih kepada berbentuk pepijat.

Apple dikatakan telah memperbetulkan pepijat berkenaan, dan telah mula memadam data berkenaan selepas laporan baru ini hadir.

Apa pun, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN