Set Tidak Rasmi Nokia 6 Dengan Cip Snapdragon 430 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Mencapai RM1899

Set Tidak Rasmi Nokia 6 Dengan Cip Snapdragon 430 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Mencapai RM1899

Diterbitkan pada Feb 10, 2017 oleh .

HMD Global sebelum ini telah pun mendapatkan hak penggunaan jenama Nokia pada peranti mudah-alih keluaran mereka, dan pada tahun ini telah hadir dengan Nokia 6 – telefon pintar Android pertama daripada HMD Global. Nokia 6 ketika pengenalan telah diumumkan yang mana ia terhad untuk pasaran China sahaja, dan masih tiada perancangan untuk pasaran global.

Nokia 6

Kini, seperti kebanyakkan peranti lain, beberapa pengedar telah mula membawa masuk telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia. SatuGadget dilihat salah satu daripadanya, dan telah menyenaraikan pra-tempahan peranti Nokia 6 pada harga RM1899.

Bagi anda yang terlupa, Nokia 6 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, menggunakan cip Snapdragon 430, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, dan dilengkapi Android 7.0 Nougat.

Harga rasmi untuk pasaran China adalah sekitar RM1100. Biasanya, set tidak rasmi ini hadir dengan harga yang lebih tinggi kerana kos import, selain jaminan yang perlu ditanggung oleh pekedai berkenaan.

Bagi anda yang inginkan peranti Nokia selain Nokia 6 ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh HMD Global pada MWC 2017 pada penghujung bulan Februari ini.


TIPS & ULASAN